Thursday, October 15, 2015

SAHABAT

sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.

Ikhlas buat ,

Norliza Din, Baizura , Mazzura & Zhafirah Adilah Belina










Tuesday, June 30, 2015

PERKARA SUNAT DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum ....

Dah lama tak bukak blog ni kan ? Hampir setahun dah.. Pejam celik pejam celik Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan dah.. Dah dua minggu..




Okey sementara lepak kat computer Lab sebab ada koko(Kelab Komputer) harini, Izza nak amik peluang sikit berkongsi ilmu berkenaan bulan Ramdhan ni. Berkenaan apa???


PERKARA SUNAT KETIKA DI BULAN RAMADHAN.


Okey, Bismillahirahmanirahim..

Sepertimana yang kita tahu, bulan Ramadhan ni ialah bulan yang dimana orang ramai semua berpusu-pusu , bersaing dlm mencari pahala. Tak kisah dengan cara apa sekalipun, segala amal ibadah semuanya kalau boleh nak dibuatnya. 



ok kat sini ada sedikit perkara sunat yang bolehkan kita mendapat pahala extra time bulan Ramadhan ni. jom terjah !




  • BERBUKA PUASA
Ok macam yang kita tau, pasal berbuka ni je orang orang kita laju . BETUL TAK? Hhehehe.. Kalau nak tahu, baguslah sebabnya menyegerakan waktu berbuka puasa itu adalah salah satu perkara sunat tau. So tak salah kalau menyegerakan bebuka cumanya jangan gelojoh lah. ingat tu! ;D

  • BERSAHUR
Baiklah, yang ni pulak kita kalau nak pahala lebih tu bangunlah bersahur. Bangun lah walaupun hanya bersahur dengan seteguk air kosong, walaupun dengan sebiji kurma. Pahala free je ni. Lagipun bersahur kan dapat membekalkan kita tenaga untuk melakukan aktiviti disiang hari :> tak rugi punnnnn. Selain itu , melambatkan waktu sahur pun perkara sunat tau. Makin dekat waktu imsak, lagi bagus :D

  • JUADAH BERBUKA
Korang korang kalauy berbuka selalunya makan apa ? Terus capai air sejuk ekk?? Kalau korang nak tau, nabi kita Rasulullah saw mengamalkan pengambilan kurma (dalam kuantiti) ganjil semasa berbuka. tu first menu dia..


  • MEMBACA DOA BERIKUT
(اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.
الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ)
Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.
Ertinya : “Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.
[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya]


Ok la ni antara perkara sunat dalam bulan Rmadhan and Izza pasti ramai yang tau dah kan? Sahaja nak mengingatkan .. hahaha . ok lah , sampai sini je post izza kalini. InsyaAllah kalau ada masa lagi hadap komputer insyaAllah akan ada lagi post yang berguna untuk kita semua . 


Semoga berjumpa lagi,

Assalamualaikum!

   





Wednesday, December 17, 2014

Makna La ikro ha fiddin

Bismillahirahmanirahim .



Pagi tadi dalam kelas Puan Mastura , Foundation of Islamic Finance aku belajar perkara baru tentang ayat ini ,



لَا إكْرَاه فِي الدِّين قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْد مِنْ الْغَيّ

'“Tidak ada paksaan dalam memeluk agama. Sungguh telah jelas antara kebenaran dan kesesatan”' Dipetik daripada ayat 256, surah al-Baqarah.


Maksudnya  tiada paksaan  . Semua faham akan maksudnya . Memahami sesuatu maksud perkataan tu amat mudah . Tapi kita faham ke secara mendalam apa ertinya ? Harini Izza nak mengulas serba sedikit tentang ayat diatas . ni ada beberapa situasi . Izza pecahkan kepada dua watak iaitu Khadijah dan Sarah (Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yg sudah tiada)


situasi 1


Khadijah    : Sarah , aku tengok kau dah lama tak solat. Kau tak takut ke akan azab yang diturunkan oleh Allah diakhirat nanti ??


Sarah         : Ustad aku cakap La ikro ha fiddin . Tidak boleh memaksa .......



situasi 2




Khadijah : Sarah , kenapa kau tak menutup aurat ? Kau tau tak balasan kepada kaum hawa yang mempamerkan auratnya dikhalayak orag bukan mahramnya ??



Sarah       : Khadijah .... Tiada paksaan dalam berdakwah ;)



Banyak lagi contoh situasi . Tapi , cukuplah ini dahulu . Hahaha




La Ikro Ha fiddin




Ini ialah ayat al-Quran. Dipetik daripada ayat 256, surah al-Baqarah.

Ayat ini selalu sangat ditimbulkan dan diguna sebagai alasan, bahkan sebagai peluang untuk menghalalkan maksiat. Lebih buruk lagi, ia juga dijadikan tempat untuk berlindung daripada seruan-seruan perubahan dan dakwah.

Mungkin ini memang sifat manusia kita. 'Suka belajar sekerat-sekerat'. Ramai tidak melihat asbabun nuzul atau sebab apa ayat ini diturunkan. Ada suatu riwayat tentang sebab turunnya ayat ini;-


 Seorang lelaki bernama Abu Al-Husain dari keluarga Bani Salim Ibnu Auf mempunyai dua orang anak lelaki yang telah memeluk agama nasrani sebelum Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Kedua anak itu datang ke Madinah (setelah munculnya agama Islam), maka ayah mereka selalu meminta agar mereka masuk agama Islam dan dia berkata kepada mereka, “Saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu masuk Islam.” Lalu, mereka mengadukan perkara itu kepada Rasulullah saw. dan ayah mereka berkata, “Apakah sebagian dari tubuhku akan masuk neraka?” 


Maka turunlah ayat ini, lalu ayah mereka membiarkan mereka itu tetap dalam agama semula. Ayat ini dituju kepada orang yang bukan islam. Tiada paksaan untuk memeluk agama islam... Ayat ini sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang bukan Islam . Islam tidak memaksa mereka untuk join kita kita yang beragama islam .

Bagi kita yang sudah islam ni, mahu atau tidak , berat atau ringan , kita mesti mematuhi peraturan yang ada dalam islam. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sebuah kebinasaan kepada diri kita. Kerana itu, mengapa perlu 'marah' dengan orang yang mengajak kepada kebaikan? Tepuk dada tanyalah iman ..





Baiklah sampai sini sahaja perkongsian Izza kalini . Ini apa yang Izza belajar pagi tadi dan Izza rasa sangatlah berguna untuk kita berkongsi bersama . Fahamkan baik baik apa yang tertulis pada entry ini . Bersamalah kita mengejar syurga Allah . InsyaAllah Syurga itu milik kita . Bersama ..






Assalamualaikum ;)





Sunnah Nabi #Quran

Bismillahirahmanirrahim ..






Assalamualaikum w.b.t ... 





Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. 


Firman Allah yang bermaksud : 
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9) 


Tahukah semua tentang kebaikan membaca al-Quran ? kat sini Izza selitkan 19 kebaikan dan kelebihan dalam membaca Kalam Allah ini . Antaranya ialah :-



1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali .

3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga .

4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat .

6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela .

7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga .

8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat .

9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin .

10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka .

11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit .

12-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu .

13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat

14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .

15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran .

16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat .

17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup .

18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti .

19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan .





Semoga kita semua dapat istiqomah dalam ibadah yang satu ini , membaca Al-Quran . InsyaAllah ^^











Tuesday, December 2, 2014

Sunnah Nabi #Tahajjud


Bismillahirahmanirahim ....



Dalam kehidupan harian kita , ada kalanya kita mungkin tela melampaui batas . Imaginasi kotor , percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya jauh daripada Allah S.W.T . Tapi itulah , kita ni cuma manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan dosa . Tidak sesuci nabi Muhammad S.A.W . Tak lari juga melakukan kesilapan . Tapi ingatlah bahawa pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka luas untuk hambanya , supaya kita dapat meneruskan perjalanan kita ke akhirat dengan penuh keberkatan daripadaNya .




Tahukah kita akan 7 sunnah Nabi setiap hari ? InsyaAllah kalau kita amalkan sunnah ni dapat memelihara hubungan kita dengan Allah dan juga Nabi Muhammad S.A.W .Harini aku nak post sunnah pertama dulu iaitu ;-


  • Tahajjud


Solat Tahajjud adalah solat sunnah yang dikerjakan pada malam hari sesudah mengerjakan solat Isya sampai terbitnya fajar dan sesudah bangun dari tidur, walaupun tidurnya sekejap je. Hukum Solat Tahajjud adalah Sunnat Mu’akkad.


“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang…..…Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu nescaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”-
AL-MUZZAMMIL AYAT 20


Antara keistimewaan melakukan solat sunat tahajjud ialah ;-








 1. Solat Tahajud sebagai tiket masuk syurga

 Abdullah Ibn Muslin berkata
 “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah). 


2. Amal yang menolong di akhirat

Allah SWT berfirman
 “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman surga dan di mata air-mata air, seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka. Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah).” (QS. Az Zariyat: 15-18) 

3. Pembersih penyakit hati dan jasmani

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda
 “Dirikanlah solat malam, karena sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kamu, (shalat malam dapat) mendekatkan kamu kepada tuhanmu, (shalat malam adalah) sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad) 


4. Sarana meraih kemuliaan

Rasulullah Saw bersabda,
“Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahwa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah solat waktu malam dan ketidakbutuhannya di muliakan orang lain.” (HR. Al Baihaqi) 


5. Jalan mendapatkan rahmat Allah


Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda
“Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika sang isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.”
(HR. Abu Daud)

6. Pengabulan permohonan

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat tahajud dengan ikhlas. Rasulullah Saw Bersabda
“Dari Jabir berkata, bahwa nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.”
(HR. Muslim)


7. Penghapusan Dosa dan Kesalahan

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda
“Lakukanlah Qiyamul Lail, kerana itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

8. Jalan mendapat tempat yang terpuji


Allah berfirman
“Dan pada sebagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
” (QS. Al-Isra’:79)


 9. Pelepas ikatan setan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah Saw bersabda,
“Setan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan
jiwa.”



10. Waktu utama untuk berdoa 


Amru Ibn ‘Abasah berkata
“Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar?”, Rasulullah Saw menjawab, “Tengah malam terakhir, maka solat lah sebanyak yang engkau inginkan, sesungguhnya shalat waktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka Allah menyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya)” (HR. Abu Daud)







Okay sampai sini dulu updatenya . Nanti nanti InsyaAllah ada waktu terluang akan diupdate lagi . Assalamualaikum ^^













Saturday, November 22, 2014

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
- Surah Al-Baqarah : 155-157

Friday, November 21, 2014

Kasih sayang sesama makhluk

Sendirian aku disitu
Menangis
Berteleku disitu mengenangkan nasib
Memikirkan masalah yang ada

Buntu .
Aku buntu dengan segala yang mendatang
Segala cara telah ku lakukan
Segala usaha telah ku amalkan
Namun masih tiada jawapan
Masih tiada jalan penyelesaian ...

...........

Sedang sibuk mengenangkan nasib diri, aku rasa ada something geli-geli gesel kat kaki aku .. Ah sudah ... Jangan cakap makhluk tu yang datang ........ Aku pandang bawah and tepat sekali sangkaan aku . 4 ekor anak kucing berada betul betul dikaki aku ...

Kenapa  makhluk yg aku tak suka ni mesti datang waktu waktu aku tengah feeling sesorang . Sampai 4 ekor . Ah sudah ..... Mau je menjerit , teriak , melompat semua . Haihhh ... Perlahan aku tarik kaki , bersila atas kerusi ..

Aku teringat akan bekal nasi berlaukkan ayam goreng dalam beg sandang hitam aku .. Aku keluarkan dan capai kotak ditepi kerusi untuk dijadikan alas mereka makan .. Pantas sahaja mereka berlari mendapatkan nasi yang dah aku tuang atas kotak tu . Langsung lupakan aku yg melihat mereka dari jauh ni . fuhhh baguslah .

Aku tak pasti kenapa mesti aku melayan kucing2 ni .Kenapa aku tak menjerit macam biasa kenapa aku tak halau macam biasa .. Sedang aku asyik memerhati 4 ekor anak kucing berbulu hitam dan bermata biru ni tiba2 telefon aku memainkan lagu Aeriel-System Of a Down menandakan ada panggilan masuk .

"Waalaikumussalam .. ye ni saya lah .. Yeke pakcik ? Alhamdulillah terima kasih . Moga Allah memberkati pakcik!''

Lega . Aku tersenyum . menangis dalam gembira .Alhamdulillah .. Terima kasih Allah. Ada ganjaran aku berbuat baik dengan kucing2 harini . Alhamdulillah ..

Orang kata kucing ni membawa rezeki untuk kita ... InsyaAllah aku akan layan kucing dengan lebih baik lepasni . Layan kucing sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W melayan Mueeza (kucing baginda) . Terima kasih untuk harini , kucing ..

Alhamdulillah....

Monday, November 3, 2014

Kemanisan Ukhuwah








Assalamualaikum w.b.t 

Harini dah hari Isnin .Rabu bakal serah kunci kat warden and pulang ke rumah , Ampang.
Tah kenapa internet digi ni makin laju . Memang bukak hotspot lah cerita dia , update blog . 
Tah kenapa harini teringin nak cerita kisah hidup kat PSIS ni , Nak update tentang semua kenangan manis dekat PSIS ni , siapa yang selalu buat hari hari aku kat sini indah ......








Bismillahhirrahmanirrahim ....



Hari pertama masuk Politeknik Sultan Idris Shah , 16/6/2014 bila terima kunci , tengok2 aku dapat bilik B2 2.11 . And bila buka pintu bilik,dari situ lah aku kenal mereka semua ... Akma , Hanim and Anje ..... Korang lah orang pertama yang aku kenal kat sini . Terima kasih atas semua layanan korang ...... Walaupun sejak jadi MT PRS aku selalu tak lekat kat bilik , korang still layan aku dengan baik ... Korang lah yang selalu ingatkan aku pasal solat .... Paling best pasal korang , apa pun yang jadi , solat mesti diutamakan . Alhamdulillah bersyukur dapat roomates mcm korang . Walaupun korang tak ingatkan aku secara terang-terangan , tapi tengok korang bentang sejadah stiap kali lepas azan je dah cukup buat hati aku terkesan .. Terima kasih untuk semuanya ...... Sayang korang :*





Selang berapa minggu kemudian , kelas bemula seperti biasa . Dari situ aku kenal pelajar2 DIB1A . Ambil masa dua minggu je nak kenal semua kepala . Alhamdulillah , dari kelas ni lah aku dapat belajar lebih mendalam tentang Islam . And sebab rasa rendah diri yang terlampau menebal dalam diri , aku berusaha untuk jadi seperti mereka . Hampir semua dalam kelas Islamic Banking 1 A ni lahir dari sekolah agama , ada juga yang sekolah tahfiz . Hampir semua . Aku taknak ketinggalan jauh , jadi aku berusaha untuk berubah seperti mereka .. Alhamdulillah dorang semua tak kedekut ilmu dalam ilmu agama dan juga lain2 ... Mengenali dorang salah satu kenangan yang paling indah . Aku kenal apa erti sahabat yang sebenar ..... Terima kasih warga DIB1A .. Anna uhibbuki fillah abadan abada .






Sebulan selepas tu , aku join organisasi PRS . Dalam banyak banyak kawan , kawan paling rapat semuanya dalam PRS . Mengenali dorang lah kenangan yang paling manis untuk aku ... hahaha ... Banyak sangat kenangan kita semua . Kalau nak bercerita dari awal sampai habis kenangan kita memang takkan pernah habis . Alhamdulillah dikurniakan insan insan seperti korang ... Izza dah anggap korang semua macam family Izza . Dah la kalangan korang semua lebih tua dari Izza, rasa mcm disayangi sangat ...... Harap kita still macam sekarang untuk sem sem seterusnya . Walaupun ramai pergi l.i sem depan , takpelah ..... Sem depan lagi kan ada . Kitorang tunggu ..... Thank you semua sebab dah berikan kebahagiaan untuk Izza . Sayang semuaaaaaaa .... Nak sebut ramai sangat ... hehe





Antara semua yang dalam PRS ada beberapa yang aku betul2 rapat sangat sampaikan selalu berkepit . Kak Fatin , Abang Airiey , Kak Aiman , Kak Sha , Nayyos , and Hisham. Mereka semua sentiasa sabar layan karenah aku yang sangat tak matang ni . Layan aku buat lawak , and ikutkan segala kemahuan aku . Contohnya aku ajak pergi mana mana , ikutkan sahaja . Sayang korang semua ... Izza tahu , korang pun sayang Izza kan . Hahaha sedihnya nak tinggalkan korang lagi2 kak Sha , Kak Aiman and Hisham yang pergi L.I sem depan . Jaga diri . Izza sayangggg korang. insyaAllah dipanjangkan ukhwah kita smua . Hahaha


















Sunday, November 2, 2014

Indahnya Iman

Makin tua , makin sedar akan apa tujuan hidup ni . Apa matlamat kita hidup , apa hala tuju kita dan apa tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi ni ..



Manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ni . Allah menjadikan manusia dengan akal fikiran . Dengan akal dan berpandukan pula ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah semestinya besar dan berat. Kita bukan hanya menyempurnakan tanggungjawab terhadap Pencipta kita saja, iaitu Allah, tapi termasuk juga tanggungjawab kita terhadap hubungan kita sesama manusia dan juga alam sekitar.




Aku akui banyak sangat perubahan yang berlaku keatas diri aku semenjak masuk PSIS . Kat sini banyak mengajar aku akan pentingnya menutup aurat , erti kukuhnya tiang agama Islam kerana solatnya , tentang kemanisan ukhuwah yang terjalin , pembatasan bagi bukan mahram dan banyak lagi ... Jujur , makin menaik umur aku , makin mendalam minat aku untuk mempelajari dan mendekati Islam ..




Walaupun aku sedar aku patut memulakan semua ini dari awal tapi Alhamdulillah aku still cuba untuk berubah . Aku selesa dengan perubahan yang sekarang ni .. Aku suka . Aku bersyukur sangat .... Tapi cuma satu .....





ISTIQOMAH . itu susah . 
Serius ..
Hati kena bebetul kental untuk sentiasa istiqomah dalam beribadah .. Pernah terlintas dalam kepala 




"Alaaaaaaa takyah lah solat . Malas la . Ponteng sekali je tak salah ..."

"Mana stoking aku , mana handsock??? Alaa takyah lah pakai ... Sekali sekala tak pakai tak
apa kot"


"Takpalah , rapat rapat dengan xxxx bukannya kitorang buat apa apa pun .. Duduk je ..."




Aku tau semua tu yang mengundangnya keruntuhan iman seseorang , hilangnya kesungguhan dalam melakukan ibadah .... Aku memperlekehkan perintah Allah dalam mendirikan solat , dalam menutup aurat dan juga dalam hal menjauhi zina . 
Aku berusaha sehabis tenaga untuk cuba menjauhkan diri aku dari membuat perkara tu semua . 




Cuma satu je .....





Aku perlukan sokongan keluarga , dorongan sahabat handai and juga bimbingan orang tersayang ....






Tolong ,





Tegur segala kesalahan aku ,
Beritahu segala kekhilafan aku ,
Perbaiki segala kelemahan aku ,
Perbetulkan segala kekurangan aku ...


Aku perlukan sokongan daripada orang terdekat untuk menjadi muslimah sejati ....






InsyaAllah , sama sama lah kita berubah ke jalan yg terbaik . Ke jalan Allah . Bersama kita ke Syurga Allah :D






Assalamualaikum w.b.t








Dunia Baru

Assalamualaikum w.b.t

Blog ni dah kosong . Dah dipadam semua entry yang lama . Bukan tak sayang segala entry segala kenangan lama dulu tapi takpela , buka cerita baru :)












i love you fellas :*

Pink Rose Flower