Wednesday, December 17, 2014

Makna La ikro ha fiddin

Bismillahirahmanirahim .



Pagi tadi dalam kelas Puan Mastura , Foundation of Islamic Finance aku belajar perkara baru tentang ayat ini ,



لَا إكْرَاه فِي الدِّين قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْد مِنْ الْغَيّ

'“Tidak ada paksaan dalam memeluk agama. Sungguh telah jelas antara kebenaran dan kesesatan”' Dipetik daripada ayat 256, surah al-Baqarah.


Maksudnya  tiada paksaan  . Semua faham akan maksudnya . Memahami sesuatu maksud perkataan tu amat mudah . Tapi kita faham ke secara mendalam apa ertinya ? Harini Izza nak mengulas serba sedikit tentang ayat diatas . ni ada beberapa situasi . Izza pecahkan kepada dua watak iaitu Khadijah dan Sarah (Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yg sudah tiada)


situasi 1


Khadijah    : Sarah , aku tengok kau dah lama tak solat. Kau tak takut ke akan azab yang diturunkan oleh Allah diakhirat nanti ??


Sarah         : Ustad aku cakap La ikro ha fiddin . Tidak boleh memaksa .......



situasi 2




Khadijah : Sarah , kenapa kau tak menutup aurat ? Kau tau tak balasan kepada kaum hawa yang mempamerkan auratnya dikhalayak orag bukan mahramnya ??



Sarah       : Khadijah .... Tiada paksaan dalam berdakwah ;)



Banyak lagi contoh situasi . Tapi , cukuplah ini dahulu . Hahaha




La Ikro Ha fiddin




Ini ialah ayat al-Quran. Dipetik daripada ayat 256, surah al-Baqarah.

Ayat ini selalu sangat ditimbulkan dan diguna sebagai alasan, bahkan sebagai peluang untuk menghalalkan maksiat. Lebih buruk lagi, ia juga dijadikan tempat untuk berlindung daripada seruan-seruan perubahan dan dakwah.

Mungkin ini memang sifat manusia kita. 'Suka belajar sekerat-sekerat'. Ramai tidak melihat asbabun nuzul atau sebab apa ayat ini diturunkan. Ada suatu riwayat tentang sebab turunnya ayat ini;-


 Seorang lelaki bernama Abu Al-Husain dari keluarga Bani Salim Ibnu Auf mempunyai dua orang anak lelaki yang telah memeluk agama nasrani sebelum Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Kedua anak itu datang ke Madinah (setelah munculnya agama Islam), maka ayah mereka selalu meminta agar mereka masuk agama Islam dan dia berkata kepada mereka, “Saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu masuk Islam.” Lalu, mereka mengadukan perkara itu kepada Rasulullah saw. dan ayah mereka berkata, “Apakah sebagian dari tubuhku akan masuk neraka?” 


Maka turunlah ayat ini, lalu ayah mereka membiarkan mereka itu tetap dalam agama semula. Ayat ini dituju kepada orang yang bukan islam. Tiada paksaan untuk memeluk agama islam... Ayat ini sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang bukan Islam . Islam tidak memaksa mereka untuk join kita kita yang beragama islam .

Bagi kita yang sudah islam ni, mahu atau tidak , berat atau ringan , kita mesti mematuhi peraturan yang ada dalam islam. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sebuah kebinasaan kepada diri kita. Kerana itu, mengapa perlu 'marah' dengan orang yang mengajak kepada kebaikan? Tepuk dada tanyalah iman ..





Baiklah sampai sini sahaja perkongsian Izza kalini . Ini apa yang Izza belajar pagi tadi dan Izza rasa sangatlah berguna untuk kita berkongsi bersama . Fahamkan baik baik apa yang tertulis pada entry ini . Bersamalah kita mengejar syurga Allah . InsyaAllah Syurga itu milik kita . Bersama ..






Assalamualaikum ;)





No comments:

Post a Comment

bablabla

i love you fellas :*

Pink Rose Flower