Tuesday, June 30, 2015

PERKARA SUNAT DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum ....

Dah lama tak bukak blog ni kan ? Hampir setahun dah.. Pejam celik pejam celik Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan dah.. Dah dua minggu..




Okey sementara lepak kat computer Lab sebab ada koko(Kelab Komputer) harini, Izza nak amik peluang sikit berkongsi ilmu berkenaan bulan Ramdhan ni. Berkenaan apa???


PERKARA SUNAT KETIKA DI BULAN RAMADHAN.


Okey, Bismillahirahmanirahim..

Sepertimana yang kita tahu, bulan Ramadhan ni ialah bulan yang dimana orang ramai semua berpusu-pusu , bersaing dlm mencari pahala. Tak kisah dengan cara apa sekalipun, segala amal ibadah semuanya kalau boleh nak dibuatnya. 



ok kat sini ada sedikit perkara sunat yang bolehkan kita mendapat pahala extra time bulan Ramadhan ni. jom terjah !




  • BERBUKA PUASA
Ok macam yang kita tau, pasal berbuka ni je orang orang kita laju . BETUL TAK? Hhehehe.. Kalau nak tahu, baguslah sebabnya menyegerakan waktu berbuka puasa itu adalah salah satu perkara sunat tau. So tak salah kalau menyegerakan bebuka cumanya jangan gelojoh lah. ingat tu! ;D

  • BERSAHUR
Baiklah, yang ni pulak kita kalau nak pahala lebih tu bangunlah bersahur. Bangun lah walaupun hanya bersahur dengan seteguk air kosong, walaupun dengan sebiji kurma. Pahala free je ni. Lagipun bersahur kan dapat membekalkan kita tenaga untuk melakukan aktiviti disiang hari :> tak rugi punnnnn. Selain itu , melambatkan waktu sahur pun perkara sunat tau. Makin dekat waktu imsak, lagi bagus :D

  • JUADAH BERBUKA
Korang korang kalauy berbuka selalunya makan apa ? Terus capai air sejuk ekk?? Kalau korang nak tau, nabi kita Rasulullah saw mengamalkan pengambilan kurma (dalam kuantiti) ganjil semasa berbuka. tu first menu dia..


  • MEMBACA DOA BERIKUT
(اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ. ذَهَبَ الظَمَأُ، وَابْتَلَّتْ العُرُوْقُ، وَثَبَتَ الْأجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.
الْحَمْدُ للهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ وَرَزَقَنِيْ فَأَفْطَرْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَلِيْ)
Kemudian, berdoa dengan apa sahaja yang dimahukan.
Ertinya : “Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.
[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya]


Ok la ni antara perkara sunat dalam bulan Rmadhan and Izza pasti ramai yang tau dah kan? Sahaja nak mengingatkan .. hahaha . ok lah , sampai sini je post izza kalini. InsyaAllah kalau ada masa lagi hadap komputer insyaAllah akan ada lagi post yang berguna untuk kita semua . 


Semoga berjumpa lagi,

Assalamualaikum!

   





No comments:

Post a Comment

bablabla

i love you fellas :*

Pink Rose Flower