Sunday, November 2, 2014

Indahnya Iman

Makin tua , makin sedar akan apa tujuan hidup ni . Apa matlamat kita hidup , apa hala tuju kita dan apa tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi ni ..



Manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ni . Allah menjadikan manusia dengan akal fikiran . Dengan akal dan berpandukan pula ajaran Islam yang syumul lagi lengkap, maka peranan dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah semestinya besar dan berat. Kita bukan hanya menyempurnakan tanggungjawab terhadap Pencipta kita saja, iaitu Allah, tapi termasuk juga tanggungjawab kita terhadap hubungan kita sesama manusia dan juga alam sekitar.




Aku akui banyak sangat perubahan yang berlaku keatas diri aku semenjak masuk PSIS . Kat sini banyak mengajar aku akan pentingnya menutup aurat , erti kukuhnya tiang agama Islam kerana solatnya , tentang kemanisan ukhuwah yang terjalin , pembatasan bagi bukan mahram dan banyak lagi ... Jujur , makin menaik umur aku , makin mendalam minat aku untuk mempelajari dan mendekati Islam ..




Walaupun aku sedar aku patut memulakan semua ini dari awal tapi Alhamdulillah aku still cuba untuk berubah . Aku selesa dengan perubahan yang sekarang ni .. Aku suka . Aku bersyukur sangat .... Tapi cuma satu .....





ISTIQOMAH . itu susah . 
Serius ..
Hati kena bebetul kental untuk sentiasa istiqomah dalam beribadah .. Pernah terlintas dalam kepala 




"Alaaaaaaa takyah lah solat . Malas la . Ponteng sekali je tak salah ..."

"Mana stoking aku , mana handsock??? Alaa takyah lah pakai ... Sekali sekala tak pakai tak
apa kot"


"Takpalah , rapat rapat dengan xxxx bukannya kitorang buat apa apa pun .. Duduk je ..."




Aku tau semua tu yang mengundangnya keruntuhan iman seseorang , hilangnya kesungguhan dalam melakukan ibadah .... Aku memperlekehkan perintah Allah dalam mendirikan solat , dalam menutup aurat dan juga dalam hal menjauhi zina . 
Aku berusaha sehabis tenaga untuk cuba menjauhkan diri aku dari membuat perkara tu semua . 




Cuma satu je .....





Aku perlukan sokongan keluarga , dorongan sahabat handai and juga bimbingan orang tersayang ....






Tolong ,





Tegur segala kesalahan aku ,
Beritahu segala kekhilafan aku ,
Perbaiki segala kelemahan aku ,
Perbetulkan segala kekurangan aku ...


Aku perlukan sokongan daripada orang terdekat untuk menjadi muslimah sejati ....






InsyaAllah , sama sama lah kita berubah ke jalan yg terbaik . Ke jalan Allah . Bersama kita ke Syurga Allah :D






Assalamualaikum w.b.t








No comments:

Post a Comment

bablabla

i love you fellas :*

Pink Rose Flower