Siapa Aku ?

Assalamualaikum w.b.t ... Nama yang diberikan oleh ayah dan mama tercinta , Izza Rozieka . Anak jati Kedah dan sedang menuntut ilmu Perbankan Islam di Politeknik Sultan Idris Shah . Bukan seorang budak tetapi masih berfikiran seperti budak-budak . Suka menulis dan menulis secara spontan . Ayat tak berbunga langsung sebab bukan belajar bidang bahasa . Matlamat , menjadi wanita solehah dunia akhirat . TQ

Monday, November 3, 2014

Wahai Aurat .....





“Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka(sesama islam), hamba sahaya yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.” 
(Surah an-Nur: 31)





Assalamualaikum w.b.t ...

 Berdasarkan petikan ayat Al-Quran diatas rasanya harini aku nak open topik apa ye ? Okey harini aku nak ulas sedikit topik pasal aurat ... Aurat dari segi bahasa ialah keaiban dan dari hukum syarak pula ialah , bahagian tubuh badan yang wajib ditutup daripada pandangan orang ajnabi sebab ?? Bagi Islam , perkara tersebut ialah suatu keaiban ......


Ok kat sini aku taknak sentuh aurat para lelaki sama sekali . Cuma nak sentuh pasal aurat wanita sebab aku wanita and ini pun peringatan pada dri sendiri juga haha ..


Kalau sekarang ni kita tengok sana sini anak muda yang cantik2 cun melecun ramai . Tapi sayang , ramai antara dorang semua yang tak pandai untuk menghargai kecantikan yang Allah dah bagi . Kecantikan tersebut ditayang dimana mana , untuk semua orang . Sepatutnya simpan untuk si suami kan lebih bagus ? 


Sejak masuk PSIS ni pun aku baaaaru belajar tutup aurat secara sempurna . Pakai tudung labuh , pakai stoking, pakai handsock . Aku cuba menjadi yang terbaik ... Ternyata tak susah nak tutup aurat sebetulnya ... Mula mula tu memang agak rimas , panas , berpeluh tapi sjujurnya bila kita lakukan sesuatu benda tu secara ikhlas , Allah akan permudahkan segalanya . Aku rasa aman and selesa dengan "aku" yang sekarang .... 



Tak susah nak tutup aurat ... Antara benda yang harus ditikberatkan ,




Labuhkan tudung tu , tutup dada ... Zaman sekarang tudung dah banyak jenis , pelbagai style . Beli lah tudung yang labuh dan tak jarang . Kalau jarang tu disarankan pakailah inner biar tak nampak bayang tengkuk kita disebalik tudung tu ... Ada antara kita cakap pakai tudung labuh ni macam kampung . Tak lawa ... Ya Allah bagi aku pakai tudung labuh lah lagi manis . Sejuk je mata memandang . Kalau risau nampak kekampungan , bermacam cara and gaya tudung sekarang . Banyak tutorial .... Kalau taknak pakai tudung sarung sekolah yang bulat tu , beli wide shawl .... Tapi pastikan pakai inner sekali lah k kalau pakai shawl2 ni . Cuba tengok Dena bahrin . Kan cantik je rupanya bertudung labuh :D






Pakai pakaian yang longgar ... Sekarang banyak baju muslimah yang cantik cantik .. Pakailah baju yang tutup punggung . Itu kan lebih baik ? Kalau nak tahu , baju tshirt muslimah tu bukan je boleh pakai ngan kain .Pakai ngan seluar / tracksuit pun boleh . Siap boleh bawak bersukan lagi tau :) Seterusnya bab seluar and kain ..... Seluar , jangan pilih seluar yang ketat2 . Jangan sampai nampak bentuk kaki .. Kalau bab kain pula , jangan pakai kain yang kainnya jenis yang jarang .. Kalau naaaak sangat pakai kain jarang pun pakailah kain dalam ....



Pemakaian Handsocks and stoking .. "Perlu ke pakai handsock sedangkan kita dah pakai baju lengan panjang ?" ok jawapannya perlu but why ? Sebab walaupun lengan panjang , still boleh tersingkap , terselak ke apa nampak lengan kita ? So lebih baik kita pakai . Elakkan daripada orang ajnabi nampak aurat kita  .. Bagi stoking pula , sama je dngan handsock . Walaupun pakai kasut bertutup , pakailah stoking . Bila bila masa kain/seluar kita boleh je tersingkap . Lagi lagi bila kita berlari ke , naik tangga ke apa . Ada pulaaaaa alasan yang cakap pakai selipar susah nk pakai stoking ... Eh kalau nak tahu sekarang dah banyak jual stoking yang untuk selipar tu tau . Yang boleh masukkan jari tu ... So no excuses lagi ok :)







Nak masuk syurga Allah kena lah berkorban sedikit . Biar pnas kat dunia jangan panas di akhirat . Sanggup ke kita masuk neraka Allah ? Takkan ....... Jadi bersama sama lah kita berusaha menjadi insan yang sentiasa ingin ke syurga-Nya ... Yang penting , Istiqomah ....

Semoga maju jaya !!




Assalamualaikum w.b.t






No comments:

Post a Comment

bablabla

i love you fellas :*

Pink Rose Flower