Siapa Aku ?

Assalamualaikum w.b.t ... Nama yang diberikan oleh ayah dan mama tercinta , Izza Rozieka . Anak jati Kedah dan sedang menuntut ilmu Perbankan Islam di Politeknik Sultan Idris Shah . Bukan seorang budak tetapi masih berfikiran seperti budak-budak . Suka menulis dan menulis secara spontan . Ayat tak berbunga langsung sebab bukan belajar bidang bahasa . Matlamat , menjadi wanita solehah dunia akhirat . TQ

Sunday, November 2, 2014

Cinta Islamik






Assalamualaikum w.b.t




Harini nak sentuh sikit pasal isu yang tengah panas sekarang ...



-Cinta



Ia suatu perasaan tak kira lah bagi yg tua ke muda . Even adik adik yang masih sekolah rendah , seawal umur 9tahun pun dah pandai dahhhh sekarang hahahha .. Cinta ni memang suatu perasaan yang memang Allah anugerahkan kat makhluknya .. Semua orang akan ada perasaan ni . mustahil lah kalau tak ada tu , tak pun dia ego . Jenis orang yang tak tunjuk perasaan dia kat orang lain .... Okay , bukan nak jadi pakar cinta ke , doktor cinta ke apa yang nak ulas tentang cinta ni ........ harini sebenarnya nak buka topik CINTA ISLAMIK ....





Okay , apa itu Cinta Islamik . Sekarang ni semua orang dah guna perkataan Cinta Islamik tu dalam sesuatu hubungan percintaan sebelum kahwin . Konon hubungan tu bebetul suci , tanpa dosa and ikut syariat Allah ....





Okey, post ni bukan nak menghentam ke apa . Cuma nak ulas je and nak lontarkan pendapat aku .





Sekarang Cinta Islamik ni dah jadi macam satu budaya tau . Satu fenomena terutamanya bagi kalangan budak budak IPT dan muslim dan muslimah .. Mereka ni menghalalkan segalanya kecuali berpegangan dan bersentuhan la Wallahualam . Contohnya , berchatting , bermessage , bersua muka , berduaan di tmpat terbuka dan diakhir pertemuan tu siap bagi salam . Ada juga yang berchatting dalam bahasa Arab . Ber-Ana Akhi Anti . Memang betul betul Islamik bukan ? Yes ..... Tapi semua ni still salah sebab ??





Ye betul , kita still mendekati zina .





Firman Allah S.W.T :






"Dan janganlah kamu mendekati Zina , sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan yang membawa kepada kerosakan ." (Surah Al-Israq:32)






Dalam ayat tersebut Allah langsung tak sebut "JANGAN KAMU BERZINA" tapi , Allah ada sebut "JANGAN KAMU DEKATI ZINA." . Faham bukan apa maksudnya ? Maksudnya , bukan sahaja Zina yang Allah larang , Allah murkai . Tapi termasuk juga perbuatan yang mendekati zina ......









"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan juga menjaga kemaluan mereka." (Surah An-Nur;30)


 "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan juga menjaga kemaluan mereka." (Surah An-Nur;31)








MasyaAllah Astaghfirullahhal'azim.... Kalau kita fikir balik jalan ke zina tu banyak .... Macam aku sendiri , tipu lah kalau aku takda cintakan seseorang . Tipulah kalau aku tak pernah mendekati zina . Aku manusia biasa je banyak lakukan kesilapan . Astaghfirullah ... Jadi apa cara penyelesaian dia ??





Kita sebagai muslim dan muslimah yang cinta akan agama dan pastinya nak masuk syurga Allah , cuba lah jauhi zina . Dengan cara ? mempercepatkan pernikahan . Kita masih muda ? Tak cukup harta benda ? Tak bersedia galas tanggungjawab ? Ingat , segala benda baik , insyaAllah Allah segalanya akan dipermudahkan . Usaha , doa dan tawakal .....






 Kalau ikutkan hati memang nak cepat nikah .......






Ma , Ika nak kahwin boleh ? Kalau tanya memang mama bagi je . Mama lagi suka anak dia kahwin cecepat . Tapi siapa calon suaminya? Kalau adapun bersediakah dia ?Hahhahaha



Assalamualaikum w.b.t








No comments:

Post a Comment

bablabla

i love you fellas :*

Pink Rose Flower